Masalah Payudara
Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan payudara, penggunaan pengepam payudara yang tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul.
Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.
“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.
“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Masalah Susu
Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien
Adakah anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan? Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal? Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
“Susu saya tumpah.”
Usah risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.
Ya, anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda akan dapati payudara anda akan mula menghasilkan susu. Doktor anda juga boleh memberi beberapa preskripsi ubat danmencadangkan makanan untuk merangsang penghasilan susu.
“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat berhubung penyusuan semula.
Masalah berhubung baby
“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan bayi anda tidak sakit atau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang. Susukanlah bayi di dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuh perhatian kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara penyusuan. Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau mengalami perubahan jadual yang ketara.
“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Dia mungkin meragam pada sebelah payudara kerana susu lebih banyak pada sebelah payudara sahaja. Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar mahu menghisap. Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda. Adakah anda mengambil makanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik. Bayi meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan dan membawanya berjalan-jalan.
“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan. Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit. Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikit daripada kebiasaannya (setelah dia kenyang). Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana ini boleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi. Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari anda.
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak. Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih enggan menyusu, cuba berikannya perahan susu menggunakan sudu.
Bayi anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal, usah khuatir dengan kekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh dan boleh mengancam nyawa bayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa doktor.
“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.
Masalah berhubung Ibu
“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan susu ibu ada kalanya memerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan emosi. Beri perhatian kepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat menyusu sambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan boleh membuat anda letih untuk menyusukan
bayi.
Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(haa..apa lagi.. jgn tangguh2..sila lah cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal bertenaga... good for mothers and babies too..hehe..iklan lah plak ni..)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik. Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.
“Saya terlalu murung untuk menyusukanbayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru beberapa hari selepas bersalin. Rasa kecewa bukanlah petanda kelemahan atau kegagalan dan ia tidak menjejaskan kemampuan anda untuk menjaga bayi. Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan seseorang yang anda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang yang terbaik. Kemurungan biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada 2 minggu.
Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin
0 comments:
Post a Comment