ARAHAN: Danny Boyle
PELAKON: James Franco, Kate Mara, Amber Tamblyn dan Sean Bott
GENRE: Drama Thriller
TAYANGAN: 17 Februari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)
Sinopsis 127 Hours
127 Hours ialah kisah benar Aron Ralston yang berjuang untuk menyelamatkan diri selepas jatuh di celah batuan. Lebih parah, tangan kanannya dihempap batu, lantas menyebabkan dia terperangkap di lembah terpinggir di Utah.
Detik2 cemas tangan Aron tersepit di celah batu |
Detik2 cemas |
Bagi penulis, filem ini sememangnya mempunyai tarikan moden kontemporari sendiri dan wajar ditonton oleh mereka yang masih mencari ruang kehidupan sebagai pembakar semangat untuk jangan berputus asa, biarpun nyawa di hujung jari.
Beberapa babak seperti ketika Aron terpaksa minum air kencing untuk kelangsungan hidup selama empat hari di lembah kering kontang itu dan memotong tangan sendiri tampak realistik hinggakan penulis sendiri rasa mual (jangankan penulis mamakidz sendiri pun rasa mual). Pun begitu ia adalah satu kelebihan kerana berjaya membawa perasaan itu kepada penonton.
sumber rujukan:http://ceritadimataku.blogspot.com/2011/02/127-hours.html
moral of the story: Cerita ini adalah kisa benar yang berlaku pada diri Aron sendiri. Mamakidz dan keluarga telah menyaksikan cerita ini. Bagi diri mereka yang sukan cerita aksi, cerita ini memang best (walaupun ia hanya berkisar tentang diri Aron dan keadaan sekeliling). Saat yang menyayat hati dan mengerikan bagi mamakidz ialah semasa beliau nak mencabutkan tangannya dari tersepit celah batu. Percayalah...,tengok jangan tak tengok
0 comments:
Post a Comment