Thursday, February 10, 2011

Posisi penyusuan bagi kaum ibu yang menyusukan

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:36 PM
Hari ni mamakidz akan menerangkan tentang posisi-posisi penyusuan. Ada pelbagai posisi yg boleh kita aplikasikan mengikut KEADAAN &KESELESAAN kite. Mengikut KEADAAN maksudnya di mana kita sedang berada (rumah, shopping mall, kenduri kawen etc) dan KESELESAAN maksudnya posisi bagaimanakah kita rasa lebih mudah, selesa dan tidak memenatkan  atau menyakitkan mana-mana bahagian badan kita seperti terpaksa membongkok, menyenget dsb.

Secara asasnya, terdapat 5 posisi yang lazim di praktikkan oleh mommies yg menyusukan baby. Di sini mamamkidz sertakan ilustrasi bergambar untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan sekelian...

Ok..disini mamakidz ingin terangkan sikit tentang posisi-posisi di atas mengikut pengalaman mamakidz sendiri semasa menyusukan Junior (masih menyusu hingga sekarang.  Umur Jr. sekarang 1thn 6bln).  Pengalaman menyusu pada Mira (kakak) dan Afiq (abang), hanya bertahan hingga 2bulan sahaja.  

Hingga sekarang mamakidz terasa ralat kerana kurangnya ilmu pengetahuan terhadap penyusuan susu ibu.  Itulah tujuan mamakidz wujudkan blog ini, agar boleh berkongsi info pada yang sudi, walaupun kadang-kala mamakidz terpaksa copy+paste daripada blog orang lain. 

1) Cradle hold / mendukung
CRADLE HOLD
This is the the most common way of holding your baby while nursing. Kira bagi saya cara ni adalah cara paling natural seseorang ibu akan pegang baby utk disusukan. Sebab apa saya kata natural ialah masa 1st time saya susukan Junior, tanpa perlu diajar saya terus angkat dia and pegang dia cara ni. Tapi nurse kat hospital tu ada la jugak la betul-betulkan sikit cara saya dukung Jr. supaya lebih selamat dan selesa. Dan cara ni saya praktikkan di dalam hampir kesemua keadaan samada saya di rumah, shopping mall, kenduri, umah sedara dan lain2 tempat. In terms of keselesaan --> SANGAT SELESA


2) Cross cradle hold / Mendukung bersilang


CROSS CRADLE HOLD
Posisi ni plak saya belajar melalui buku. Saya cuba praktikkan semasa di dalam pantang. Tetapi kadang-kadang je buat sebab lebih selesa dgn cara cradle hold. Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yg mempunyai saiz payudara yg agak besar ye. Tapi yg "agak kecil" pon bleh gak...

3) Football hold / mendakap

FOOTBALL HOLD
Yg ni pun pernah jugak cuba buat. Tapi agak sukar tanpa bantuan nursing pillow/bantal menyusu. Sebab kite kena alas baby dengan bantal yg diletakkan di bahagian tepi badan/bawah ketiak kite supaya baby berada sama level dengan breast. And then kita kene kepit badan baby kat bawah ketiak, pegang kepalanya and halakan mulutnye ke breast. Teknik ini sesuai dipraktikkan oleh ibu-ibu yg melahirkan baby secara caeserian untuk mengelakkan bahagian perut tidak tertekan oleh berat baby.

4) Lying down/ berbaring

LYING DOWN
Haa... mommies, ini adalah mamakidz FAVOURITE POSITION! Boleh kata sepanjang berada di rumah, saya akan susukan Jr. dgn posisi ini. Sangat selesa! Benefitnye kite menyusukan baby cara ni ialah kite boleh co-sleep atau berehat sekali dgn baby. Tambahan pula, selepas balik kerja, saya akan mandi, solat dan tidurkan Jr. terlebih dahulu sebelum melakukan house chores yg lain. So, saya akan susukan die sambil co-sleep dgn dia dan bangun semula apabila Jr. dah tidur nyenyak, kekadang tu tidur sekali..... 

5) Tandem
TANDEM
This one is applicable for mommies yg ada twins or mommies yang ada toddler yg masih menyusu dan bayi yg baru lahir. Sorry, mamakidz tiada pengalaman penyusuan secara tandem.

Kesimpulannya para mommies boleh mencuba kesemua position dan cuba kenal pasti posisi yang mana paling selesa dan mudah untuk diaplikasikan mengikut keadaan, tempat dan keselesaan. Samada kita menyusukan si manja kita di rumah atau di tempat awam tidak akan menjadi masalah. Jikalau kita berada di tempat-tempat awam spt shopping mall atau di kenduri-kendara sbg contoh, boleh pergi ke nursing room yg disediakan atau tumpang aje bilik-bilik yg ada. Kalau mahu lebih senang dan stylish, boleh gunakan nursing cover (blogshop mamakidz ada menjualnya). 

Bestkan jadi mommies alaf baru ni? Kesimpulannya, HENDAK 1,000 DAYA, TAK HENDAK 1,000 DALIH. Tiada lagi alasan bagi ibu-ibu zaman sekarang untuk tidak menyusui anak sendiri.... 

Moral of the story: Hendak 1,000 daya, tak hendak 1,000 dalih, tepuk dada, tanye selera

Gambar ihsan dari  www.babycenter.com
credit to harlindahalim

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez