Hari ini Mamakidz telah membelek sebuah Majalah keluaran Utusan Karya Sdn.Bhd yang bertajuk Wajalah Wanita Keluaran November 2011 (Cover hadapan adalah Wardina). Antara artikel yang menarik perhatian Mamakidz ialah konsep tauhid menjadi keutamaan Wardina dan suami dalam mendidik anak-anak beliau. Selain dari itu Wardina juga telah memaklumkan beliau sentiasa memastikan hubungan dengan Allah kekal terlebih dahulu dan Wardina juga ada memaklumkan untuk memaafkan diri, bacalah Surah Al-Maidah ayat 39 (yang bermaksudnya...)
"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI ,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".
Untuk lebih memahami apa itu konsep tauhid yang dimaksudkan oleh Wardina, maka seperti biasa Mamakidz telah mengoogle, oleh itu Mamakidz telah pastekan di N3 Mamakidz kali ini sebagai panduan bersama.
credit
Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.
Rukun Iman dan Pengertiannya
Rukun
- Percaya kepada Allah
Sifat Allah | ||
Wajib | Mustahil | Harus |
20 | Lawan sifat 20 | 1 |
- Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili | |
Jibril | Menyampaikan wahyu |
Mikail | Membawa rezeki |
Israfil | Meniup sangkakala |
‘Izrail | Mencabut nyawa |
Munkar | Menyoal mayat di dalam kubur |
Nakir | Menyoal mayat di dalam kubur |
Raqib | Mencatit amalan kebajikan |
Atid | Mencatit amalan kejahatan |
Malik | Menjaga pintu neraka |
Ridwan | Menjaga pintu syurga |
- Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi | |||||||
Al-Quran | Injil | Zabur | Taurat | ||||
Muhammad | Bahasa Arab | Isa | Bahasa Siryani | Daud | Bahasa Qibti | Musa | Bahasa Ibrani |
- Percaya kepada Rasul
1. Adam | 2. Idris | 3. Nuh | 4. Hud | 5. Saleh |
6. Ibrahim | 7. Luth | 8. Ishak | 9. Ismail | 10. Ya’qub |
11. Yusuf | 12. Ayub | 13. Syu’aib | 14. Harun | 15. Musa |
16. Ilyasa’ | 17. Zulkifli | 18. Daud | 19. Sulaiman | 20. Ilyas |
21. Yunus | 22. Zakaria | 23. Yahya | 24. Isa | 25. Muhammad S.A.W. |
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
- Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
- Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
- Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah
0 comments:
Post a Comment