Friday, October 21, 2011

Oh....ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:06 PM 0 comments
Ibu, kuatkanlah semangat mu untuk melawan penyakitmu itu. Ibu ketahuilah oleh mu bahawa Ayah, Along, angah, noni, alang, am, arul, kak Ani, nazim, nizam, zizah, ina dan cucu2 ibu menyayangi dan menunggumu.
Wahai sahabat2ku, pada saat ini ibuku sedang bertarung dgn saat yg kritikal iaitu ibuku sedang koma di wad ICU@HUKM. Pada dua tahun lepas ibuku telah mengalaminya yg mana lehernya telah ditebuk dan kakinya telah dipotong.
Mamakidz, amat berharap agar ibu dapat melepasi saat kritikal ini sebelum tempoh empat hari kerana prosedur pihak hospital jika pesakit koma lebih dari empat hari maka lehernya perlu ditebuk bagi mengelakkan jangkitan kuman dari merebak lebih teruk pada paru2nya. Oleh itu, Mamakidz memohon kepada sahabat2 Mamakidz, doakanlah ibu Mamakidz sedar dalam tempoh terdekat. Mamakidz tidak sanggup melihat ibu Mamakidz terseksa buat kali kedua.
Sent from my Nokia phone

Ibuku sedang koma di wad icu@hukm

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:23 AM 0 comments
Dikeheningan malam yang dingin, Mamakidz telah dikejutkan dgn panggilan telefon dari adik dan abah. Panggilan itu telah memaklumkan yg ibuku telah dipindahkan ke wad ICU.
Mamakidz telah mengejutkan en hubby dan anak2 utk segera ke sana. Sampai saja di hukm ibuku rupanya telah koma dari wad hdw lagi. Ya Allah, besar sungguh dugaan yg Kau berikan.
So, rakan2 Mamakidz doakanlah agar tiada apa yg berlaku kepada ibuku. InsyaAllah.
Sent from my Nokia phone

Thursday, October 13, 2011

Konsep Tauhid menjadi keutamaan dalam mendidik anak-anak......

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:57 AM 0 comments
 

Hari ini Mamakidz telah membelek sebuah Majalah keluaran Utusan Karya Sdn.Bhd yang bertajuk Wajalah Wanita Keluaran November 2011 (Cover hadapan adalah Wardina).  Antara artikel yang menarik perhatian Mamakidz ialah konsep tauhid menjadi keutamaan Wardina dan suami dalam mendidik anak-anak beliau.  Selain dari itu Wardina juga telah memaklumkan beliau sentiasa memastikan hubungan dengan Allah kekal terlebih dahulu dan Wardina juga ada memaklumkan untuk memaafkan diri, bacalah Surah Al-Maidah ayat 39 (yang bermaksudnya...)

"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI ,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".

Untuk lebih memahami apa itu konsep tauhid yang dimaksudkan oleh Wardina, maka seperti biasa Mamakidz telah mengoogle, oleh itu Mamakidz telah pastekan di N3 Mamakidz kali ini sebagai panduan bersama.

credit


Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.
Rukun Iman dan Pengertiannya
Rukun
  • Percaya kepada Allah
Sifat Allah
Wajib
Mustahil
Harus
20
Lawan sifat 20
1
  • Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
‘Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga
  • Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
Al-Quran
Injil
Zabur
Taurat
Muhammad
Bahasa Arab
Isa
Bahasa Siryani
Daud
Bahasa Qibti
Musa
Bahasa Ibrani
  • Percaya kepada Rasul
1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh
6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya’qub
11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu’aib 14. Harun 15. Musa
16. Ilyasa’ 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas
21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.
  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
    • Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Monday, October 10, 2011

TIGA SUPLEMEN ASAS : DETOX+PROTEIN+LECITHIN=LOSE WEIGHT

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:58 PM 0 comments
Secara asasnya utk diet.. Anda memerlukan yang tersebut di bawah:- 
 
Detoks (Fiber/herblax) + Protin (Cinch Shake or Energizing Soy Protin (ESP) + Lecitin

  1. Kenapa protin? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
  2. Kenapa kene detoks?Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)
  3. Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.
Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax.. ikut budget naa.. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :.

.Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..
 
Peringatan penting bagi ibu-ibu yang menyusukan anak  beliau dgn susu badan bolehlah consume Fiber+Lecithin+ESP together with SET B, but for those yang tak nyusukan anak..cadangan supplement di atas amat sesuai untuk anda..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab yang 'melabur' tuh mmg btol..bagi wanita yang baru deliver selalunya mengalami masalah sembelit dan pengambilan fiber+lecithin mmg sangat2 membantu..
 
credit

Friday, October 7, 2011

Ikrar Rukun Negara

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:48 PM 0 comments
Semalam Mamakidz dimaklumkan oleh Mira (anak sulong Mamakidz) bahawa pada hari isnin bersamaan 10hb Oktober 2001, beliau ingin memasuki pertandingan ikrar rukun negara.  Adalah terdetik perasaan bangga di hati Mamakidz ini.  Secara tiba-tiba, Mira telah meminta maaf sebutkan satu persatu rukun negara itu.  Dengan lagak serius sebagai seorang Mama, Mamakidz telah meminta Mira menyebut dulu nanti Mamakidz perbetulkan mana yang salah...(sebenarnya ingat-ingat lupa, tapi kes nak cover cun...punya pasal buatlah lagak serius sikit..)

So, Mira pun telah menyebutkan satu persatu rukun negara tersebut dan secara tidak langsung ia me'refresh' kembali ingatan Mamakidz, (ok juga ni kan...Mamakidz hanya berbicara di dalam hati sahaja.)  Mira juga ada memaklumkan bahawa Cikgu beliau berpesan jika beliau tidak dapat menghafal rukun negara itu, beliau bukan rakyat Malaysia.  Tetapi, Mamakidz agak sedih sedikit kerana, sekarang ini ikrar tidak seperti pada zaman persekolahan Mamakidz dahulu.  Iaitu, hanya akan tangan dan terus membaca ikrar rukun negara sahaja.  Maka, untuk menaikkan semangan Mira, Mamakidz telah menyarankan agar ikut style ikrar rukun negara pada zaman persekolahan Mamakidz, mesti Mira boleh menang.  Demi untuk menang, Mira pun mengikut kata-kata Mamakidz dengan penuh semangat.  So, itu sebablah Mamakidz mengoogle, sebab apabila Mamakidz periksa belakang buku tulis beliau, yang hanya terpapar adalah ikrar rukun negara yang simple dan rukun 1 Malaysia sahaja.  So, marilah sama-sama kite me'refresh' semula.....

IKRAR RUKUN NEGARA

 

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

           

 Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Pergi sudah insan bernama Steve Jobs

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:01 AM 0 comments
Jenama Apple dan nama Steve Jobs, amat senonim di dunia ini.  Pada tarikh 6hb Oktober 2011, pergilah seorang insan bernama Steve Jobs.  Beliau meninggal dunia pada usia 56tahun, kerana menghidap penyakit kanser.  Setelah pemergian beliau, maka Apple kehilangan seorang genius dan dunia pula kehilangan seorang manusia yang menggagumkan.

Moral of the story:  Sekurang-kurangnya, beliau ada juga jasa kepada negara beliau dan dunia ini.  Benarlah kata perpatah HARIMAU MATI TINGGAL BELANGNYA, MANUSIA MENINGGAL TINGGAL NAMA.

Tuesday, October 4, 2011

Syukurlah adik eirdeena dah discharge dari IJN

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:48 PM 0 comments

Salam semua...ini adalah berita terkini berkenaan adik eirdeena.  Walaupun agak terlambat untuk Mamakidz berkongsi informasi ini, tetapi tidak salahkan Mamakidz mencoretnya disini untuk pengetahuan semua...

Info ini adalah dari fb aida gadis melayu sendiri (bertarikh 28hb Sept. 2011)
"alhamdulillah eirdeena dah boleh discharge..now time to quaranteen..ape pun jutaan terime kasih yg x terhingge pade smue yg mendoakan kesejahteraan eirdeena. kpde dctor espeacially Mr siva n Dr. Marhisyam serte nurse2 picu n wad melor ijn, thnksss sgt2 sb jagekan eirdeena..jase kalian hanye Allah yg dpt mmbalasnye... — at Ijn."
credit to aida


















Jika kalian inginkan cerita yang lebih menarik, apakata kalian membeli majalah media hiburan yang cover depannya ada gambar memey dan norman pakai baju kahwin...



Akhirnya dapat juga Mamakidz mengetahui berita terkini tentang adik eirdeena dan akhirnya berkongsi bersama di blog ini.  So, selepas ini bolehlah Mamakidz meneruskan penulisan Mamakidz berkenaan perkara yang lain pula.  Jikalau tidak,  Mamakidz rasa tidak sedap hati untuk beralih ke penulisan yang lain, sebab Mamakidz telah berjanji akan update status terkini adik eirdeena.
Kepada Aaida, Saiful dan adik Eirdeena...semoga kalian sentiasa bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat dari Nya. Jaga dirimu wahai adik Eirdeena, jadilah dikau anak yang solehah dan sayangilah kedua ibubapamu....

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez