Friday, April 1, 2011

TIRAI SEMAKIN HAMPIR, PELAJAR SEMAKIN GELISAH

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:35 PM

Sesi mempersembahkan tugasan di hadapan tenaga pengajar telah diadakan petang tadi. Sesi ini melibatkan Cikgu Syafi, Cikgu Ning, Cikgu Fatimah dan Cikgu Aris. Meskipun ada yang sudah menunjukkan kemajuan, namun masih ada lagi pelajar yang mempunyai masalah dari segi lirik, melodi dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pelajar dibawa ke bilik vokal untuk berlatih secara solo sambil dipantau oleh Cikgu Syafi. "Kelas Tambahan" yang diadakan oleh Cikgu Syafi ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk melakukan persembahan yang mantap. Semoga semua pelajar dapat memberikan persembahan terbaik dalam Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, Sabtu ini, 9 malam di Astro Ria (104)



Anda juga dijemput menyaksikan sendiri Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 di Ruang Letak Kereta, Aeon AU2, Setiawangsa bermula jam 6 petang dengan aktiviti-aktiviti menarik!

Sampaikan ucapan sokongan anda kepada pelajar-pelajar AF9! Ucapan anda akan disiarkan di Astro Ria mulai 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011, jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

SMS AF‹jarak›‹Ucapan & Nama anda› hantar ke 32999. Ucapan anda hendaklah tidak melebihi 80 karektor. RM 1/SMS.Terma & Syarat di www.astro.com.my

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez