Monday, October 18, 2010

Tukar kerakyatan kenegerian...TERENGGANU

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:50 PM
Hari ini dan detik ini bersamaan 18/10/10, mamanior pergi dengan hubby(Abah) ke JPN, Ulu Langat, Kajang, ambil IC. Mamanior dah jadi anak Terengganu.  Mamanior tidak berasa sedih malah berasa bangga, sebab hubby (Abah) mamanior orang Terengganu.  Walaupun mamanior dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.  Tapi mamanior ni suka hidup merantau tidak duduk setempat.

Sedari tingkatan 1, mamanior telah dihantar belajar ke Kedah, Masa belajar di U dan ILPKL pun, mamanior menginap di Asrama. Apabila cuti barulah mamanior balik berjumpa dengan kedua ibu-bapa.

So, apabila mamanior ditackle oleh Abah, mamanior ON jelah....(nada gelenyar slang Terengganu).  Dengan Abah, mamanior betul-betul mengenali kehidupan yang sebenar & kenal kehidupan Adventure (climbing,camping, hutan dan pelbagai aktiviti lasak)

Dulu mamanior tidak pandai hidup berdikari terutama memasak. Abah banyak mengajar mamanior, cara-cara menyiang ikan, memasak nasi dan pelbagai lauk-pauk.  Kesiankan mamanior ni kan....

Untuk pengetahuan mommies, mamanior mula memasak nasi apabila dicabar oleh Abah (masa tu tak kenal dia pun) untuk memasak nasi didalam hutan, berpeluh mamanior pada masa tu.  Akhirnya mamanior berterus-terang sajelah dari  semua ahli kumpulan kelaparan, betul tak. Tapi Abah pada masa tu memang profesioanl, dia tidak gelakkan mamanior pun, malah dia mengajar mamanior teknik-teknik nak survive didalam hutan.

So, ada hikmahnya mamanior dipertemukan dengan Abah.

Itu sebab bila Abah ajak tukar kerakyatan kenegerian TERENGGANU masa raya aidilfitri hari tu, mamanior setuju aje....  

0 comments:

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez