Thursday, October 28, 2010

Aktiviti anak-anak dikala abahnye bertugas di site

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:45 PM 0 comments






Mamanior, mira, zafiq dan Jr. selalu follow abah pergi site (sabtu dan ahad sahaja lah), so pelbagai gelagat dan aktiviti yang diaorang lakukan.

Mamanior rasa terhibur dan lalu merakamkan aksi sepontan mereka.  Tapi walaubagaimana pun, mamanior masih menitik beratkan keselamatan utk mereka. Sebagai contoh jika abah mereka tengah buat kerja, mereka mamanior tempatkan dibahagian yang selamat.  Setelah kerja selesai dan proses housekeeping, barulah mamanior mengizinkan mereka joint sekali.... 

moral of the story:  ....sentiasa utamakan keselamatan anak-anak dan awasi gerak-geri mereka


Si tiga beradik main-main keretapi
zafiq tolong abah dia buat housekeeping


mira main jual-jual
Jr. baru pandai jalan

Mira &Afiq

Friday, October 22, 2010

Hasil craft tangan..Mira

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:54 AM 0 comments
Bekas pensel -hasil craft tangan anakku Mira
Setiap hari khamis adalah hari craft tangan Mira.  Pelbagai bentuk craft tangan telah telah dilakukan atas pemantauan guru kelasnya, antaranya seni lukis.  Mira sentiasa mendapat markah A untuk setiap hasil craft tangannya.

Gambar disebelah adalah salah satu contoh craft tangan (bekas pen/pensel)Mira yang mamanior paling suka.

Pada pandangan mamanior, anakku Mira lebih cenderung pada bidang craft tangan terutamanya seni lukis.

Sebagai mama dia, mamanior doakan semoga dia berjaya apajua bidang yang diceburi...

Bahan-bahan yang mira gunakan utk membuat bekas pensel/pen ini ialah:

Botol air mineral yang kosong (dipotong dua)
Kertas warna
Sticker (untuk tampal pada kertas warna)
gunting
loytape
gunting

Cara-caranya:


Gunting kertas warna mengikut saiz bekas air mineral yang telah dipotong dua.
Tampal kertas warna  dan bekas air mineral dengan loytape utk kelihatan kemas, selepas tu letak sticker dan reben utk mencantikkan lagi bekas tersebut.

Thursday, October 21, 2010

Anda anda masalah dengan sistem pembuangan.?? Saya sudi membantu...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:23 PM 0 comments
Ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri mamanior sendiri.  Mamanior dikategorikan masalah sistem pembuagan yang serius, iaitu tanpa makan ubat sistem pembuagan mamanior tidak beroperasi.

Cerita kisah benar ini bermula.....mungkin sedari mamanior dilahirkan kot (ini hanyalah tekaan sahaja).  Ok, dipendekkan cerita...Pada masa mamanior kecil iaitu seingat mamanior sekitar umur 7tahun, mamanior telah diperkenalkan dengan julap oleh ayah mamanior.  

Jikalau kalian ingin tahu peranan julap bagi mereka yang mengalami masalah sistem pembuangan yang serius ini adalah satu rahmat yang mana, jika ambil julap barulah ada pembuangan, jika tak makan maka tiadalah hasil pembuangan.  Itulah belaku pada diri mamanior sendiri..

Setelah sekian lama diajar untuk mengambil julap sebagai agen membantu sistem pembuangan mama, so...bila mamanior dah bekerja dan mempunyai duit sendiri, mamanior mula mencuba pelbagai bentuk agen, antaranya jamu,produk yang berkaitan dengan sistem pembuagan dan bermacam-macam lagi.  Pendek kata jika seseorang itu kata, produk atau jamu itu bagus mamanior mesti mencubanye.

Tetapi, untuk pengetahuan kalian, dalam perut mamanior seperti ada makmal, saintis dan doktor pakar sendiri.  Mereka seolah-olah macam tahu yang mamanior suka mencuba pelbagai produk yang melancarkan sistem pembuangan. Mamanior akan mencuba produk itu untuk tempoh sebulan sebab secara automatik para saintis dan doktor pakar didalam perut mamanior akan memberi signal samaada produk tersebut sesuai atau tidak. Kebanyakkannya keputusannya adalah gagal, so mamanior perlu mencari produk yang bersesuaian pulak.  Pendek kata, terus mencari dan mencari sehinggalah mamanior dipertemukan dengan produk Shaklee (mamanior gelarkan produk ini gabungan tiga serangkai) iaitu, Herblax + lecithin+ Alfalfa.  Produk ini telah dicadangkan oleh N. 

Sebelum ini mamanior pernah mengalami masalah pembuangan selama empat(4)bulan, satu(1)bulan, satu(1)minggu baru sekali buang.  Mamanior pernah dimasukkan ke teater room utk dibuat skoping berkaitan dengan masalah pembuangan mamanior.  Doktor telah mengarah semua nurse dan cleaner utk standby, sebab almaklumlah empat(4)bulan punye hasil.  Tapi, hampa....para doktor terkejut sebab tiada sebarang hasil yang keluar.  So, semua nurse dan cleaner telah diminta keluar dan kembali bertugas seperti biasa.

Selepas mamanior mengambil produk shaklee gabungan tiga serangkai, mamanior diberi ujian demi ujian, permulaannye ialah, pada minggu pertama mamnior dah boleh buang tiga hari sekali ianya berlarutan hingga satu bulan. Ujian kedua pula, mamanior diuji dengan penghasilan hasil buangan dalam bentuk bulat-bulat seperti najis kambing. Mamanior memaklumkan pada N, rupa-rupanye ia adalah berpunca dari kurang minum air.  so, mamanior teruskan juga pengambilan gabungan tiga serangkai tersebut dan minum air seperti yang disarankan oleh N.

Hari ini....setelah tiga bulan mamanior mengambil gabungan tiga serangkai, hasilnya mengagumkan. buka setakat masalah pembuangan selesai, malahan masalah keputihan dan kitaran haid pun selesai dengan Izin dari Nya.

Pada pendapat mama, ia berkemungkinan disebabkan oleh bantuan supplemen yang lain iaitu B-complex, Vitalea danVitamin C

Produk yang di ambil oleh mamanior ialah:
  • Lecithin -  Retail Price : RM52.50 mamanior Price : RM 42.00
  • Herb-Lax – Retail Price : RM52.50 mamanior price Price : RM 42.00
  • Alfalfa – Retail Price : RM53.75 mamanior Price : RM43.00




Nota :
  • Harga yang dinyatakan di atas adalah harga diskaun dari mamanior.
  • Belum termasuk flat-rate shipping charges RM10.
  • Lecithin dan Alfalfa boleh di ambil oleh ibu yang menyusu dan ingin turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Bonus nya, Alfalfa juga bertindak sebagai penggalak susu (galactagogue), melawaskan sistem penghadaman, buang angin dalam badan ibu dan bayi (reduce colic in breastfed babies), dan 1001 khasiat!
  • Amalkan minum sekurang-kurangnya 3L air suam sehari.
  • Jika berminat hantar je PM pada YM @ SMS, Insya Allah saya akan membantu menyelesai masalah anda.








Wednesday, October 20, 2010

Sentiasa Yakin DIA MAHA PEMBERI

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:14 PM 0 comments
Perkataan ini akan mamanior tanam dalam minda dan sebagai pembakar semangat mamanior utk meneruskan perjuangan yang telah mamanior mulakan.

Kata-kata dari N, walaupun simple tapi amat bermakna bagi mamanior. Secara tidak langsung terus AURA mamanior yang telah tidur, terjage kembali...Terima kasih N.

Tuesday, October 19, 2010

Tahukah anda- Supplemen Vitalea

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:05 PM 0 comments

Product  Vitalea, iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.

High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition.
What makes Vita-Lea the perfect Multi over leading brands? 
§  349 Quality Tests are performed every time Vita-Lea is produced to guarantee purity and potency.

Directions: 2 tablets daily. Ideal for women of childbearing age and teenagers.

Apakah kelebihan vitalea?
Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.

Ada sesetengah doc mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.
Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplemenet penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?
Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut.Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.

***(credit to N)

Available Stock Utk Mei Tai dan Ring Sling

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:12 AM 0 comments
Hi, mommies!

Buat masa sekarang, berikut adalah senarai barangan yg ade dalam stock mamanior. Kod lain insyaallah akan sampai minggu depan. Tapi bilangan terhad. 
So, as usual, sape cepat, dia dapat ye! 

       Mei Tai (RM69.90) :

   MT31


MT 27


MT36


        Ring Sling (RM69.90) :

       RS 24


RS14


    RS28


      RS16


              RS5

                RS35




Monday, October 18, 2010

Tukar kerakyatan kenegerian...TERENGGANU

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:50 PM 0 comments
Hari ini dan detik ini bersamaan 18/10/10, mamanior pergi dengan hubby(Abah) ke JPN, Ulu Langat, Kajang, ambil IC. Mamanior dah jadi anak Terengganu.  Mamanior tidak berasa sedih malah berasa bangga, sebab hubby (Abah) mamanior orang Terengganu.  Walaupun mamanior dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.  Tapi mamanior ni suka hidup merantau tidak duduk setempat.

Sedari tingkatan 1, mamanior telah dihantar belajar ke Kedah, Masa belajar di U dan ILPKL pun, mamanior menginap di Asrama. Apabila cuti barulah mamanior balik berjumpa dengan kedua ibu-bapa.

So, apabila mamanior ditackle oleh Abah, mamanior ON jelah....(nada gelenyar slang Terengganu).  Dengan Abah, mamanior betul-betul mengenali kehidupan yang sebenar & kenal kehidupan Adventure (climbing,camping, hutan dan pelbagai aktiviti lasak)

Dulu mamanior tidak pandai hidup berdikari terutama memasak. Abah banyak mengajar mamanior, cara-cara menyiang ikan, memasak nasi dan pelbagai lauk-pauk.  Kesiankan mamanior ni kan....

Untuk pengetahuan mommies, mamanior mula memasak nasi apabila dicabar oleh Abah (masa tu tak kenal dia pun) untuk memasak nasi didalam hutan, berpeluh mamanior pada masa tu.  Akhirnya mamanior berterus-terang sajelah dari  semua ahli kumpulan kelaparan, betul tak. Tapi Abah pada masa tu memang profesioanl, dia tidak gelakkan mamanior pun, malah dia mengajar mamanior teknik-teknik nak survive didalam hutan.

So, ada hikmahnya mamanior dipertemukan dengan Abah.

Itu sebab bila Abah ajak tukar kerakyatan kenegerian TERENGGANU masa raya aidilfitri hari tu, mamanior setuju aje....  

Inginkan perut anda kempis dengan lebih cepat? Apa kata anda cuba Gel Sireh Slim

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:57 PM 0 comments

GEL SIREH SLIM 


(dari Sireh Emas)
gel-sireh-emas-new-wafi.jpg
Harga :
RM35.00  + RM6.00 (Pos Laju) = RM41.00
Terdapat banyak Gel pelangsing dipasaran pada hari ini. Namun saya mengesyorkan anda mencuba Gel Sireh Slim kerana KELEBIHAN berikut yang tidak ada pada gel pelangsing yang lain 

Dibuat dari bahan-bahan berasakan herba iaitu ekstrak daun sireh. Flavournoid dan Polyphenol yang terdapat dalam daun sireh membantu menegangkan kulit yang telah kendur selepas bersalin, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan pengedaran darah.
 
Tidak mengandungi kafein. Oleh itu ia selamat digunakan oleh ibu yang meyusukan anak.

Tidak berbau. Kebanyakan gel pengempis perut dipasaran berbau seperti minyak angin dan berbau herba. Oleh itu ia boleh dipakai sewaktu hari bekerja.

Tidak berminyak dan tidak melekit kerana ia berasaskan air dan mudah meresap kedalam kulit untuk memberikan hasil tindak balas yang optimum.
Membantu tubuh membakar lemak & selulit

Mengecutkan tisu kulit untuk membentuk tubuh kembali langsing

Menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan                                                  
Memberi keselesaan kepada penggunanya kerana ia tidak berminyak
bulletDisahkan HALAL oleh JAKIM


Kesan tindakbalas
  • Pemakaian yang sempurna akan memberi kesan hangat lebih dari 12 jam.
Cara penggunaan
  • Usapkan secara arah lawan jam pada tempat yang berlemak.
  • Untuk kesan yang lebih baik guna bersama bengkung moden dan senaman.
  • Sapukan gel Sireh Slim ini diperut dan pinggul anda setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden.
  • PERHATIAN!!! Untuk mengelakkan anda dari menyapu gel sehingga overdose dan menyebabkan rasa pijar, sebaik-baiknya sapu sedikit dahulu dibahagian pinggang dan perut. Jika tidak terasa panas barulah ditambah gel lagi sehingga anda rasa panas.

Thursday, October 14, 2010

Cery...datang kat ofis

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:50 PM 0 comments
Bersama cery
Pada tanggal 12/10/10, insan bernama cery telah datang ke ofis ku.
Walaupun sebelum ini, hanya berhubung dialam maya sahaja.  Sekarang nah.. orangnye didepan mata you..
Kedatangan cery adalah membawa stok fullpack supplemen shaklee.  
So, secara tidak lansung sekarang ini mamanior dah bersedia untuk membuat trialpack kepada mommies yang memerlukan.
Mamanior sudi membantu...

Tuesday, October 5, 2010

Mei Tai Baby Carrier (reversible) RM 69.90

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:52 PM 2 comments


Body

Height – 20 “
Width – 14.5 “

Waistband
Height – 4.5 “
Length – 22.5 “ 

Shoulder straps
Height – 4.5 “
Length – 60 “ 


Headrest 
Padded from the top of the headrest to just below the top of the shoulder straps This headrest is designed to stay up when the straps are pulled up, this ensures that it will stay up when your baby is on your back.  If you want your baby to be able to see out, you can have the baby's arms out, or make sure he or she is high enough up the body so they can see above the headrest, as shown in the photo above.  It is very easy to fold down the headrest when your baby is on the front, and it will stay down in this position.  



Kalau berkenan boleh buat pesanan direct dengan saya, sebab MT ini adalah Ready Stock


YM saya (p3zaf5y), PM atau kalau susah sangat call jah...





Monday, October 4, 2010

Dah ada follower juge akhirnya

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:15 AM 0 comments
Salam Aidilfitri kepada mommies sekalian,

Mama nior minta maaf kerana sunyi tanpa sebarang nota di teratak blog ini.  Untuk pengetahuan you all, sebenarnya mama nior sebenarnya sibuk dengan operasi pindah randah ofis. Almaklumlah tukar bos baru, so segala-galanya pun barulah.
Secara tidak langsung terlibatlah dengan line internet dan sewaktu dengannya.

Mama nior rasa berbangga sangat-sangat, kerana dua mama yang bernama Yaati nor dan mommy lyna sudi menjadi koleksi follower mama nior.  Terima kasih atas sokongan u all.

Komen mommies akan mama nior jadikannya sebagai galakkan untuk mama nior berblog.

moral of the story: Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Mama nior ni baru belajar, mommies yang pakar tolong ajarkan..

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez