Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Tip kuruskan badan

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:32 PM 0 comments
Tip kuruskan badan tanpa ubat
Credit to http://www.mymesra.com.my,nakselimbalik



Ada tips skit:
" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Thursday, May 5, 2011

Kemurungan selepas bersalin - Set C menjadi penawarnya

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:05 PM 0 comments
Salam semua.....
''Selama sebulan saya mengalami tekanan perasaan. Adakalanya saya menangis, menjerit dan terasa seperti mahu mencederakan diri sendiri'' ujar Wardina Safiyyah Fadlullah
Menurut pakar2, tekanan perasaan selepas bersalin adalah penyakit umum yang dihadapi oleh sebahagian wanita ketika berpantang yang dikenali sebagai kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu ia dipanggil sebagai meroyan.

Monday, April 25, 2011

Set Shaklee yang menjimatkan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:57 PM 0 comments
Salam U all.....


Mamakidz ingin berkongsi info kepada pengguna supplement Shaklee.  
Tahukah anda dengan 3 supplement Shaklee ini, ia mampu menceriakan hari-hari anda dan dalam masa yang sama ia dapat menjimatkan budget kita. 
1. Meal Shake : Harga Mamakidz (RM91.00)
2.Sustaned Release Vita-C 500mg :  Harga Mamakidz (RM74.00)
3. Vitamin B Complex : Harga Mamakidz (RM43.00)


Info tambahan:

  • Meal shake: berfungsi seperti multivitamin, oleh itu jika kita mengambil meal shake, ia seolah-olah kite telah mengambil ESP dan vitalea
  • Vita-C: Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah. Penting utk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai anti-oksidan.  Bertindak mengikut pelepasan masa.
  • B complex: "B" for beaty - true beauty radiates from within.  Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).  membantu meninggikan sistem pertahanan badan.  Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang



Meal shake :RM91.00(WM) RM97 (EM)


Sustance release vita-c 500mg
RM74.00(WM) RM78.00(EM)
B- complex RM43.00 (WM) RM45.00 (EM)

Tuesday, March 29, 2011

supplemen vs pemakanan sunnah

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:32 PM 1 comments
Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.
Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.

Wednesday, December 22, 2010

Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:33 PM 2 comments
Article ini adalah dari mommy lyna (credit to mommy lyna)
Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Rahsia Kurma

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:54 AM 2 comments
Khasiat Kurma....

Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti:
credit to google
  • Memanaskan badan
  • Mencergaskan tubuh
  • Mencerdaskan minda
  • Membantu tumbesaran kanak-kanak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghidari barah
  • Mencuci hati
  • Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Mengikut kajian Dr.mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan perundangan, khasiat jus antara lain:
  • Menolong  mencenkam rahim sewaktu kelahiran
  • Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
  • Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
  • Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu
  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalkkan pertambahan susu
  • Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak,pembentukan darah dan sumsum tulang
  • Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
Firman Allah kepada maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma, ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugukan atasmu kurma yang masak"(Surah Maryam 19:25)

Kurma sebagai penawar

Rasullullah s.a.w. menyatakan mengenai keistimewaan tamar ajwah yang boleh memagari diri daripada sihir dengan sabdanya:
"Sesiapa yang memakan tujuh biji tamarAjwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu"
Sebuah hadis daripada Aisyahr.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda tentang kurma Ajwah yang bermaksud:
"Apabila dimakan pada pagi hari sebelum makan pagi, dapat menjadi ubat bagi setiap sihir dan racun." (Riwayat Ahmad)
Daripada Aisyah bahawa nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada kurma yang baik (Ajwah) terdapat ubat" atau bersabda, "Dimakan pertama kali sebelum makan." (Riwayat Ahmad)

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez