Showing posts with label masalah sistem pembuangan. Show all posts
Showing posts with label masalah sistem pembuangan. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

alfalfa & herblax untuk usus kita

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:00 PM 0 comments


sharing dari blog cery.
Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat..Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati.. Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita..i...Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau. Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi...

Thursday, October 21, 2010

Anda anda masalah dengan sistem pembuangan.?? Saya sudi membantu...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:23 PM 0 comments
Ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri mamanior sendiri.  Mamanior dikategorikan masalah sistem pembuagan yang serius, iaitu tanpa makan ubat sistem pembuagan mamanior tidak beroperasi.

Cerita kisah benar ini bermula.....mungkin sedari mamanior dilahirkan kot (ini hanyalah tekaan sahaja).  Ok, dipendekkan cerita...Pada masa mamanior kecil iaitu seingat mamanior sekitar umur 7tahun, mamanior telah diperkenalkan dengan julap oleh ayah mamanior.  

Jikalau kalian ingin tahu peranan julap bagi mereka yang mengalami masalah sistem pembuangan yang serius ini adalah satu rahmat yang mana, jika ambil julap barulah ada pembuangan, jika tak makan maka tiadalah hasil pembuangan.  Itulah belaku pada diri mamanior sendiri..

Setelah sekian lama diajar untuk mengambil julap sebagai agen membantu sistem pembuangan mama, so...bila mamanior dah bekerja dan mempunyai duit sendiri, mamanior mula mencuba pelbagai bentuk agen, antaranya jamu,produk yang berkaitan dengan sistem pembuagan dan bermacam-macam lagi.  Pendek kata jika seseorang itu kata, produk atau jamu itu bagus mamanior mesti mencubanye.

Tetapi, untuk pengetahuan kalian, dalam perut mamanior seperti ada makmal, saintis dan doktor pakar sendiri.  Mereka seolah-olah macam tahu yang mamanior suka mencuba pelbagai produk yang melancarkan sistem pembuangan. Mamanior akan mencuba produk itu untuk tempoh sebulan sebab secara automatik para saintis dan doktor pakar didalam perut mamanior akan memberi signal samaada produk tersebut sesuai atau tidak. Kebanyakkannya keputusannya adalah gagal, so mamanior perlu mencari produk yang bersesuaian pulak.  Pendek kata, terus mencari dan mencari sehinggalah mamanior dipertemukan dengan produk Shaklee (mamanior gelarkan produk ini gabungan tiga serangkai) iaitu, Herblax + lecithin+ Alfalfa.  Produk ini telah dicadangkan oleh N. 

Sebelum ini mamanior pernah mengalami masalah pembuangan selama empat(4)bulan, satu(1)bulan, satu(1)minggu baru sekali buang.  Mamanior pernah dimasukkan ke teater room utk dibuat skoping berkaitan dengan masalah pembuangan mamanior.  Doktor telah mengarah semua nurse dan cleaner utk standby, sebab almaklumlah empat(4)bulan punye hasil.  Tapi, hampa....para doktor terkejut sebab tiada sebarang hasil yang keluar.  So, semua nurse dan cleaner telah diminta keluar dan kembali bertugas seperti biasa.

Selepas mamanior mengambil produk shaklee gabungan tiga serangkai, mamanior diberi ujian demi ujian, permulaannye ialah, pada minggu pertama mamnior dah boleh buang tiga hari sekali ianya berlarutan hingga satu bulan. Ujian kedua pula, mamanior diuji dengan penghasilan hasil buangan dalam bentuk bulat-bulat seperti najis kambing. Mamanior memaklumkan pada N, rupa-rupanye ia adalah berpunca dari kurang minum air.  so, mamanior teruskan juga pengambilan gabungan tiga serangkai tersebut dan minum air seperti yang disarankan oleh N.

Hari ini....setelah tiga bulan mamanior mengambil gabungan tiga serangkai, hasilnya mengagumkan. buka setakat masalah pembuangan selesai, malahan masalah keputihan dan kitaran haid pun selesai dengan Izin dari Nya.

Pada pendapat mama, ia berkemungkinan disebabkan oleh bantuan supplemen yang lain iaitu B-complex, Vitalea danVitamin C

Produk yang di ambil oleh mamanior ialah:
  • Lecithin -  Retail Price : RM52.50 mamanior Price : RM 42.00
  • Herb-Lax – Retail Price : RM52.50 mamanior price Price : RM 42.00
  • Alfalfa – Retail Price : RM53.75 mamanior Price : RM43.00




Nota :
  • Harga yang dinyatakan di atas adalah harga diskaun dari mamanior.
  • Belum termasuk flat-rate shipping charges RM10.
  • Lecithin dan Alfalfa boleh di ambil oleh ibu yang menyusu dan ingin turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Bonus nya, Alfalfa juga bertindak sebagai penggalak susu (galactagogue), melawaskan sistem penghadaman, buang angin dalam badan ibu dan bayi (reduce colic in breastfed babies), dan 1001 khasiat!
  • Amalkan minum sekurang-kurangnya 3L air suam sehari.
  • Jika berminat hantar je PM pada YM @ SMS, Insya Allah saya akan membantu menyelesai masalah anda.








FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez