Showing posts with label Tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah diri. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Selamat berpuasa sunat hari Arafah

hasil nukilan: wafimamakidz at 10:24 PM 0 comments
Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat. Ganjaran untuk puasa sunat Arafah ini sangat besar, iaitu diampunkan dosa kita setahun sebelum dan selepas, InsyaAllah. Mari kita berpuasa esok.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang dicerit
akan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Friday, November 11, 2011

Keistimewaan Yassin 41

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:21 AM 0 comments

Sepanjang arwah Ibu koma di wad ICU HUKM, Ayah Mamakidz telah membacakan ke cuping telinga arwah Ibu dengan bacaan Yassin 41.

Pada Mamakidz yang jahil ini, ini adalah pertama kali Mamakidz mendengarnya.  Oleh itu, untuk lebih memahami apa keistimewaan Yassin 41, seperti biasa Mamakidz menggoogle...maka terjumpalah ia.

Jika ia dibaca cara 41 (usaha dengan izin Allah jua) akan dapat mengelakkan kecelakaan dan bala daripada menimpa kita. Ilmu ini pun diperturunkan oleh ulama juga. Bolehlah dirujuk kitab abwabu al-faraju yang dikarang oleh Dr Muhammad Alwi ataupun kitab-kitab yang membicarakan tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Cuma walau apa pun kita perlu insaf bahawa, di dunia ini kita hanya berikhtiar, yang mengkabulkannya (memujarabkan) adalah Allah SWT jua. Dan di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku.
Manfaatnya

Jika orang bujang selalu baca (amalkan) Yaasin 41 ini, mudah dapat jodoh yang baik. Suami pula akan berjaya dalam pengurusan rumah tangganya. Isteri akan menjadi mudah taat pada suami. Ibubapa senang menangani karenah (kenakalan) anak-anak. InsyaAllah, anak tidak akan buat kabair (dosa besar).

Penyediaanya
Paling baik jika ia dibacakan ke atas air zam-zam dan dijadikan minuman sekeluarga setiap hari. Air zam-zam yang dibacakan pula ayat-ayat suci al-Quran itu sememangnya mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik. Kerana unsur utama badan manusia merupakan air, jadi tidak dinafikan air yang suci mampu membentuk dan mengubah ke arah kebaikan. Juga ia dapat mengelakkan diri daripada terkena musibah batin seperti penyakit, sihir dan sebagainya. InsyaAllah.

Ilmu bacaan Yaasin 41 ini.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah dan disusuli pula selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali.
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).

Isti'azah adalah lafaz: "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)
manakala basmalah adalah lafaz: "Bismillahir rahmaanir rahiim" (ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ).

Sesudah itu, ambillah air zam-zam tadi, kemudian bacakanlah pula doa. Luahkanlah hasrat hati anda yang ikhlas itu samada untuk suami, isteri, calon suami atau isteri, untuk kesihatan (ubat) ibu bapa, anak-anak, pelajar dan sebagainya.

Thursday, October 13, 2011

Konsep Tauhid menjadi keutamaan dalam mendidik anak-anak......

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:57 AM 0 comments
 

Hari ini Mamakidz telah membelek sebuah Majalah keluaran Utusan Karya Sdn.Bhd yang bertajuk Wajalah Wanita Keluaran November 2011 (Cover hadapan adalah Wardina).  Antara artikel yang menarik perhatian Mamakidz ialah konsep tauhid menjadi keutamaan Wardina dan suami dalam mendidik anak-anak beliau.  Selain dari itu Wardina juga telah memaklumkan beliau sentiasa memastikan hubungan dengan Allah kekal terlebih dahulu dan Wardina juga ada memaklumkan untuk memaafkan diri, bacalah Surah Al-Maidah ayat 39 (yang bermaksudnya...)

"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI ,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".

Untuk lebih memahami apa itu konsep tauhid yang dimaksudkan oleh Wardina, maka seperti biasa Mamakidz telah mengoogle, oleh itu Mamakidz telah pastekan di N3 Mamakidz kali ini sebagai panduan bersama.

credit


Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.
Rukun Iman dan Pengertiannya
Rukun
  • Percaya kepada Allah
Sifat Allah
Wajib
Mustahil
Harus
20
Lawan sifat 20
1
  • Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
‘Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga
  • Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
Al-Quran
Injil
Zabur
Taurat
Muhammad
Bahasa Arab
Isa
Bahasa Siryani
Daud
Bahasa Qibti
Musa
Bahasa Ibrani
  • Percaya kepada Rasul
1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh
6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya’qub
11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu’aib 14. Harun 15. Musa
16. Ilyasa’ 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas
21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.
  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
    • Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Wednesday, May 4, 2011

Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:32 PM 0 comments

potong kuku Potong Kuku Hari Jumaat Sunat Ke?
Memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.” (Riwayat Muslim)

Friday, November 26, 2010

Teruskan Berdoa

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:36 PM 0 comments
SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

-------------------------------- 

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah. 

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta. 

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Wednesday, October 20, 2010

Sentiasa Yakin DIA MAHA PEMBERI

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:14 PM 0 comments
Perkataan ini akan mamanior tanam dalam minda dan sebagai pembakar semangat mamanior utk meneruskan perjuangan yang telah mamanior mulakan.

Kata-kata dari N, walaupun simple tapi amat bermakna bagi mamanior. Secara tidak langsung terus AURA mamanior yang telah tidur, terjage kembali...Terima kasih N.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez