Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Penyusuan Selepas Caesarean

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:29 PM 0 comments
Sumber: Penyusuan Selepas Caesarean. Majalah Pa&Ma., duniasusuibu

Ada di kalangan ibu ragu-ragu untuk menyusukan bayi selepas melahirkannya secara caesarean. Pelbagai persoalan timbul akibat kekurangan ilmu penyusuan susu ibu. Jika bercadang mahu melahirkan bayi secara caesarean nanti, INTAN JASTINA JAMALUDDIN ada keterangan lanjut untuk anda ikuti.
Bagi anda yang melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan caesarean, ketahuilah anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu timbul rasa khuatir. Apa yang penting ialah anda tahu dan mengaplikasi posisi penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan diri selepas bersalin.

Antara posisi penyusuan yang sering diakui sebagai selesa untuk anda dan bayi ialah lying down dan football hold (clutch hold). Namun, bagi yang pertama kali bergelar ibu, mungkin agak kekok untuk anda mengguna pakai kedua-dua posisi ini. Jadi, pelajari dan praktikkan posisi ini lebih awal agar anda biasa dengannya.
Untuk pengetahuan anda, ramai ibu yang melahirkan anak secara caesarean menggunakan posisi cradle hold. Ketahuilah, penggunaan posisi ini kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan jika kedudukan tubuh anda tidak betul. Secara tidak disedari ia boleh membantut keinginan anda untuk menyusukan bayi akibat tidak tahan menanggung kesakitan di bahagian luka pembedahan.

Monday, May 9, 2011

Tiada alasan untuk menyusukan Si Manja...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM 0 comments









































sumber rujukan: nutriweb

Kebaikan Susu Ibu kepada Si Manja

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:16 PM 0 comments
Menggalakkan penghadaman dan
penyerapan nutrien dengan lebih baik
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan
bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan
penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap
kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan
kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain

Wednesday, April 27, 2011

Ketahuilah rahsia gabungan Alfalfa dan Vitamin E.....

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:24 PM 0 comments
Mommies tahu tak bahawa gabungan Alfalfa dan Vitamin E sebenarnya sangat bagus untuk menjadikan anda isteri dan ibu yang hebat?
Mommies tentu tahukan bahawa Alfalfa yang mommies makan untuk tujuan untuk membanyakkan susu tu juga boleh merawat masalah keputihan pada wanita?

Monday, April 18, 2011

Dynas buka butik nursing secara online

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:31 PM 2 comments
Wah terkezut sebentar mamakidz, google punya google terjumpalah blog butik nursing Dynas.  Menurut kata Dynas, tercetusnya idea utk membuka butik nursing ini adalah selepas beliau bersalin.  Almaklumlah, Dynas kan seorang artis dan dalam masa yang sama beliau masih ingin menyusukan baby kesayangannya.

Berikut adalah contoh baju nursing yang terdapat di butik nursing Dynas:

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan.- Huraian yang lebih detail. Pt2

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:30 PM 0 comments






Sambungan dari N3 semalam yang berkaitan dengan perkara yang boleh mengurangkan penghasilan susuibu...

Ramai yang menghantar mesej tidak kurang dengan email bertanya sebab untuk setiap point yang cuba ibu sampaikan:
1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak.

Jadual pemakanan vitamin: kesesuaian masih bergantung kepada individu. Pt.2

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:00 PM 0 comments
Artikel Ini adalah kesinambungan dari artikle jadual pemakanan yang terdahulu...

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Perkara yang patut dielakkan untuk berjaya dalam penyusuan. Pt1

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:51 AM 0 comments





Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

Vitamin B Complex merawat Stress

hasil nukilan: wafimamakidz at 11:11 AM 0 comments
Pernahkah kalian mendengar... tak bagus makan B complex nanti gemuk?. Sebab perkataan ini dah didengari banyak kali maka ianya akan tersimpan di dalam memori di bawah sedar kita dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling menakutkan terutama apabila badan kita menjadi besar kononnya akibat vitamin B complex tadi.

Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yang dikenali sebagi vitamin starter plug yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila makanan  ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku.

Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan B complex. Antara penyataan yang biasa kita dengari ;"Oh saya tidak stress." atau "Saya hanya surirumah, mana ada stresss". Hakikatnya keperluan B complex bukan sekadar untuk memastikan kita mampu menangani stress atau tekanan sebaik mungkin, tetapi ia memberi pengaruh yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.

Friday, April 15, 2011

Penyusuan susu ibu - untuk wanita bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:31 PM 1 comments
Pict.Dynas sedang 
menyusukan anaknya
Setelah tamat tempoh berpantang, ibu-ibu yang bekerja pasti berasa runsing apabila memikirkan bayi kecil yang terpaksa ditinggalkan. Pilihan sama ada untuk menghantar ke taska/nursery/pengasuh menjadi satu isu yang mungkin telah ditangani. Isu untuk memastikan bayi anda terus mendapat bekalan susu ibu adalah satu isu lain yang sangat penting. Peluang untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tidak patut dilepaskan untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja. Latihan memerah susu sepatutnya dimulakan seawal 2 minggu selepas bersalin.. Namun ia boleh dilakukan lebih awal mengikut keselesaan ibu-ibu.
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.

Panduan untuk ibu kembali bekerja

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:23 PM 0 comments
klik sini untuk lebih lanjut http://www.apcwomen.org/uploads/24224838a906ad8bec251af22b9c44f8/BTWbrochure.pdf
sumber rujukan:http://www.apcwomen.org

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:00 PM 0 comments
Alasan 'Susu kite tak adelah nak bagi baby menyusu'..itu adalah ayat biasa yang digunakan bagi ibu-ibu yang bekerja, termasuklah mamakidz (dululah sebelum ada kesedaran).  Tetapi setelah banyak nasihat dan kaunseling diberikan, sekarang kesedaran mulai ada dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sedari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.  Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.  Ini bermakna dari dari lahir hingga enam bulan bayi:

Down susu tak banyak??

hasil nukilan: wafimamakidz at 9:00 AM 0 comments
Oleh kerana ramai customer saya juga terdiri daripada ibu-ibu menyusu, Setiap SET B yang add on of ESP dan calcium akan memberi kesan yang lebih baik!
So mari kita baca tips dan jadual pemakanan yang betul sharing by Kak N
______________________________________
Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul sangat membantu. Namun kunci utama ialah perlu amalkan 3 perkara ini secara konsisten dan berterusan. Bukan hari ni buat, esok tak buat, lusa buat...memang tak nampak kesan. Perlu buat setiap hari.

Friday, April 1, 2011

Tips memilih bra menyusui

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:14 PM 0 comments
Menggunakan bra menyusui memang tidak wajib untuk ibu menyusui, namun menggunakan bra menyusui akan membuat proses laktasi lebih mudah. Tidak hanya itu, bra menyusui sudah didisain sedemikian rupa untuk dapat menyangga payudara Anda yang berisi ASI, sehingga bentuk payudara Anda akan tetap terjaga baik. 

Jika Anda tidak ingin menggunakan bra menyusui Anda bisa menggunakan bra biasa yang elastis dengan pertimbangan-pertimbangan yang sama dengan bra menyusui. Namun memang salah satu rahasia menyusui sukses dan menyenangkan adalah menggunakan bra menyusui yang tepat! Apa saja yang perlu diperhatikan dalam memilih bra menyusui? Ini dia!
  1. Sebulan sebelum kelahiran adalah waktu yang paling tepat membeli bra menyusui, karena saat itu ukuran payudara Anda adalah yang paling mendekati saat-saat kelahiran dan menyusui.
  2. Penyangga yang cukup kuat untuk menyangga payudara sangat dibutuhkan ibu menyusui. Pilih yang memiliki banyak kaitan belakang agar dapat disesuaikan dengan kondisi payudara. Cup bra juga harus menutup seluruh payudara Anda.
  3. Disaiz yang tepat, yang memungkinkan Anda untuk membuka bra dengan satu tangan, dan bukaan bra harus cukup besar untuk bayi menyusu. Hindari jahitan yang bisa mengenai puting Anda yang sensitif.
  4. Saat tidur tidak ada salahnya jika Anda menggunakan bra menyusui, karena dapat membantu menyangga payudara yang terasa berat. Pilihlah bra khusus malam hari, yang lebih sejuk dan ringan daripada bra Anda di siang hari.
  5. Bentuk dan disain bra menyusui banyak juga lho yang menarik. Kini banyak perusahaan yang memroduksi bra menyusui yang praktis namun juga seksi.
  6. Perlu berapa banyak? Jika Anda ingin menyusui ekslusif selama 6 bulan sampai 1 tahun, 3 sampai 7 buah bra dengan kualitas yang bagus cukup untuk persediaan.
  7. Katun dan serat alami adalah bahan yang tepat untuk bra menyusui agar kulit dapat bernapas.
  8. Simpan yang baik. Anda tidak bisa menggunakan bra menyusui setelah Anda selesai meyusui karena bentuk payudara yang berubah. Namun, simpanlah dengan baik agar Anda bisa menggunakannya lagi untuk kehamilan berikutnya.
  9. Hindari penggunaan kawat penyangga selama menyusui, karena dapat menghambat saluran ASI.

Faedah penyusuan bagi Bayi dan Ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:03 PM 0 comments
Faedah penyusuan pada Bayi

ASI (Air susu ibu) menyediakan nutrisi lengkap bagi bayi. ASI mengandung protein, mineral, air, lemak, serta laktosa. ASI memberikan seluruh kebutuhan nutrisi dan energi selama 1 bulan pertama, separuh atau lebih nutrisi selama 6 bulan kedua dalam tahun pertama, dan 1/3 nutrisi atau lebih selama tahun kedua.  ASI juga menyediakan perlindungan terhadap infeksi dan penyembuhan yang lebih cepat dari infeksi. Imunoglobulin A terdapat dalam jumlah yang banyak di dalam kolostrum sehingga memberikan bayi tersebut kekebalan tubuh pasif terhadap infeksi. Terdapat faktor bifidus di dalam air susu ibu yang menyebabkan pertumbuhan dari Lactobacillus bifidus yang dapat menurunkan kumpulan bakteri patogen (menyebabkan penyakit pada manusia) penyebab diare.

Masa penyusuan susu ibu yang sesuai

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:51 PM 0 comments
Masa menyusu
The American Academy of Pediatrics merekomendasikan ASI eksklusif selama 6 bulan pertama dan selanjutnya minima selama 1 tahun. WHO dan UNICEF merekomendasikan ASI eksklusif selama 6 bulan, menyusui dalam 1 jam pertama setelah melahirkan, menyusui setiap kali bayi mau, tidak menggunakan botol dan dot. Menyusui sebaiknya dilakukan sesegera mungkin setelah melahirkan. 

Bayi dan ibu yang melakukan proses menyusui dalam 1 jam pertama setelah melahirkan memiliki keberhasilan yang lebih besar dari mereka yang menundanya. Bayi baru lahir sebaiknya disusui setiap 2-3 jam sampai bayi merasa puas. 

Menyusui minimal 5 menit pada masing-masing payudara pada hari pertama setelah melahirkan dan semakin meningkat frekuensinya setiap hari sehingga dapat meningkatkan produksi ASI (Air susu ibu) optimal. Waktu menyusui 20 minit padasetiap  payudara cukup untuk bayi. 

Tidak perlu membatasi waktu menyusui. Frekuensi menyusui yang sering dapat meningkatkan produksi ASI, mencegah payudara nyeri dan sakit karena penumpukan dan penggumpalan ASI, dan meminimalkan kemungkinan bayi menjadi kuning.

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

hasil nukilan: wafimamakidz at 4:21 PM 0 comments
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar.

Tuesday, March 29, 2011

Penyamun izinkan ibu susukan bayi menangis

hasil nukilan: wafimamakidz at 12:41 PM 2 comments
Oleh Ahmad Syakir Sazili
(KOSMO, Selasa 29 Mac 2011)


MAZIAN, mendukung
anaknya, Nur Batrisya
Najwa di Kampung Banjar,
Setiawan semalam
SETIAWAN - Tangisan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mengundang rasa kasihan  sekumpulan empat penyamun yang sedang menggeledah sebuah rumah di Kampung Banjar, Ayer Tawar disini awal pagi semalam.


Salah seorang penyamun yang bersenjatakan parang dan memakai topeng muka kemudian melonggarkan ikatan pada tangan ibu bayi membolehkan mangsa menyusukan bayi berkenaan.  Menurut mangsa, Leftenan Komander Mahazian Mat Lawi,32, ketika itu dia bersama suami, dua adik perempuan serta pembatu rumah diikat dan dikumpulkan didalam sebuah bilik.


"Saya tak sangka apabila anak saya, Nur Batrisya Najwa menangis, mereka benarkan saya menyusukannya" ujar Mazian.


Cerita lanjut bacalah di KOSMO, Selasa 29 Mac 2011


Moral of the story:  Sedangkan penyamun ada perikemanusiaan, takkanlah siibu yang suka membuang bayi yang dilahirkan tiada perasaan.  Bayangkan wahai ibu, walaupun kite telah melakukan satu dosa janganlah tambah lagi satu dosa. Oleh itu, insaflah...

Monday, March 21, 2011

Jawapan kepada EMPAT masalah utama dalam penyusuan susu ibu.. ~ 1-Breast, 2-Susu, 3-Baby, 4 - Ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 3:06 PM 0 comments
Sumber:Breastfeeding made simple(initiate by NUtrition Society Malaysia),mamafaiz
Masalah Payudara
Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara

Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.  Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secarakerap dan gunakan jaram panas atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan payudara, penggunaan pengepam payudara yang tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.  Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul.

Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.  Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.  Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

Friday, November 26, 2010

Why Breastfeeding is Best for Babies & Mothers

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:16 PM 1 comments


According to the American Academiy of Pediatrics, babies that are breastfed experience:
 1. Fewer allergies
 2Long-term protection against diabetes and Crohn’s disease
 3. Enhance brain growth and eye development
4. Boosted protection against colds and ear infections. In addition, mothers that choose to breastfeed reap the benefits of:
5. Stronger bones
6. Reduced risk of ovarian cancer and premenopausal breast cancer
7.  Increased ability to lose weight, as breastfeeding burns 200 to 500 calories a day

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez