Showing posts with label Teknik penyusuan dan lekapan yang betul. Show all posts
Showing posts with label Teknik penyusuan dan lekapan yang betul. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Teknik lekapan dan penyusuan susu ibu

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:48 PM 2 comments
Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu






















Cara Mengampu Payudara:
  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini




















Teknik Lekapan Bayi:
  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan
Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM
Sumber gambar: Le Leche League International

credit to http://www.momschoice.com.my/blog/?p=152

Wednesday, November 10, 2010

Teknik Penyusuan & Lekapan yg Betul

hasil nukilan: wafimamakidz at 7:01 PM 0 comments


Today nak story  secara ringkas tentang correct positioning and latching atau dalam Bahasa Melayunye teknik posisi penyusuan dan lekapan yg betul. Sy nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang peri pentingnye posisi penyusuan dan lekapan yg betul kerana ianya merupakan SALAH SATU kunci dan perkara penting yang menentukan keberjayaan (hape ayat nih!) kite semua menyusukan anak dalam tempoh yg lame - 2 years! 

Pada mulanye mamanior juga x tau-menahu tentang posisi menyusu/lekapan yg betul...semasa di hospital dan apabile sampai di rumah sy main taram je nyusukan Jr.. Asalkan die menghisap tu bagi saya dah kire okay la. Untuk pengetahuan U all, sebenarnya Jr. adalah anak mamanior yang no.3. Untuk Kakak (mira) dan Abang (Afiq), mamanior hanya berjaya menyusu takat umur 2bulan sahaja iaitu dalam tempoh berpantang.  Lepas start keje, susu pun hilang (sebenarnya kurang ilmu).  So, apabila mamanior dimaklumkan mamanior mengandungkan Jr.  Mamanior telah bertekad akan belajar cara-cara lekapan yang betul dan posisi penyusuan yang betul.

So, macam biase, i did some research on this issue...dan ape yg sy temui ialah antara KUNCI untuk berjaya menyusukan anak dlm tempoh yg lame ialah mengetahui teknik posisi penyusuan (POSITIONING) dan lekapan (LATCHING) yg betul.

Cara nak pegang baby semasa nak mulakan proses penyusuan :-

-   Pastikan anda duduk dengan selesa. Betul-betul selesa ye....sbb proses menyusukan baby ni ambil masa yg lama (kalau saya 20-minit ke 45 minit)

 Pegang baby rapat2 dan pastikan badan baby menghadap ke arah kite

-  Perut baby kena bersentuhan dengan perut kite (ade skin to skin contact)

-  Kepala, leher dan belakang badan baby kite ampu elok2 and make sure badannye lurus

-  Jangan membongkok coz ini akak menyebabkan kite rase tak selesa and sakit belakang.


Okay, next, cara yg betul untuk melekapkan/latching baby ke payudara untuk disusukan :-

-  Sentuh bibir bayi dan tunggu mulutnye terbuka luas. From my reading, ade teknik nak bagi baby buka mulut luas2. Caranye, kite gesel-geselkan nipple kite kat bahagian atas mulut baby, antara hidung dan mulut. So, baby kite akan mendongak sedikit dan menganga luas-luas untuk dapatkan nipple kite. Seriously it works!

-  Bile baby dah nganga luas-luas kite gerakkan baby ke arah breast kite. Maksudnye, tangan yg mengampu baby td, kite gerakkan untuk tolak kepala baby perlahan-lahan ke arah breast. Bukan kite yg halakan breast ke mulut baby, tapi kepala baby yg harus ditujukan ke breast kite.

-   Bile baby dah start sucking, kite kena make sure yg mulut baby mencakup 2/3 kawasan areola. Setiap orang mempunyai keluasan areola yg berbeza-beza. Ade yg luas dan ade yg x brp luas. Jadi perkara ni subjektif. Kite kena tengok and check sendiri. Maksud sebenar mulut bayi harus melitupi sebahgian besar kawasan areola ialah kite nak memastikan yg baby kite tidak menghisap puting semata-mata. Breasfeeding means "menghisap payudara", BUKAN nipple-feeding atau "menghisap puting".

-  Dan bile kite dah cek dan pasti yg baby dah melekap dgn betul, buat pegangan "C" dgn menggunakan tangan yg lagi satu untuk mengampu payudara. Ini akan membantu untuk melancarkan pengeluaran susu dr breast.

Untuk memastikan baby mmg dah melekap dgn betul, kite cube cek perkara-perkara kat bawah ni :-

Mulut nye terbuka luas
Mulut baby merangkumi sebahagian besar kawasan areola
Dagu baby akan mencecah breast
Mulut atas dan bibir bawah baby tak tertutup/terlangkup ke dalam. Kalau terlangkup ke dalam, kite kena betulkan balik ye...
Pipi baby nampak menggelembung
- Breast nampak penuh dan bulat
We heard the gulping sound...baby akan hisap-telan-hisap-telan susu

Bleh refer video ni ye... 

 

Kalau kite betul2 ikut teknik ni, takkan ade masalah nipple sakit/berdarah, breast still penuh even dah bagi baby nyusu, engorgement (bengkak susu), baby kembung (colic) dsb.

Okay...take ur time to learn this. Remember..breastfeeding is a learning process... =)

(**credit to harlindahalim)


FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez