Showing posts with label testimonia. Show all posts
Showing posts with label testimonia. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Testimonia dari diri sendiri - kenangan semasa permulaan mengamalkan pack permulaan Shaklee

hasil nukilan: wafimamakidz at 8:00 AM 0 comments
Separuh orang kata kita tidak digalakkan mengepam sambil membuat kerja (2in1), kerana ia akan menyebabkan kita merasa tekanan. Dengan izin-Nya, Mamakidz tiada masalah emosi 'down' semasa mengepam.  Walaupun tangan Mamakidz menaip membuat tugasan sambil mengepam dan dalam masa yang sama siap dengan berinternet lagi.

Rahsia Mamakidz, ialah Mamakidz mengamalkan Vitamin Shaklee (vitamin B-kompleks).  Berapa banyak Mamakidz ambil?  Jawapannya senang aje, kalau Mamakidz rasa, banyak tugasan yang masih belum selesai Mamakidz akan ambil sebanyak 2biji pada waktu malam dan 2biji pada waktu siang.  Tapi di bulan puasa ini mamakidz ambil 2biji semasa nak tidur dan 2 biji semasa sahur.  

Selain dari itu Mamakidz juga mengambil PD + ESP dan vitamin-vitamin set B.  Selain dari itu Mamakidz juga telah menggunakan konsep handsfree dengan menggunakan double pumping Spectra 3 (Mamakidz telah membuat rujukan di google bagi membantu menjayakan sessi mengepam Mamakidz).

Selain dari itu, ada satu doa yang mama amalkan ialah:
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.  Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"
(doa ini Mamakidz minta izin dengan N, utk diamalkan...)

Dengan izin Nya, sejak Mamakidz mengamalkan doa ini Mamakidz tidak pernah merasa tertekan, malahan berasa tenang sahaja dan Jr.pun seperti memahaminya, maka Mamakidz tidak terlalu tertekan untuk membuat frozen ebm atau untuk bekalan di keesokan hari ke rumah babysitter.  Ini kerana Mamakidz dah fokus dalam minda Mamakidz yang mana, Mamakidz pentingkan Kualiti dan bukannya Kuantiti.  Oleh itu, seberapa banyak yang Mamakidz dapat, Mamakidz bersyukur dan Jr. seperti memahaminya tanpa merenggek.

Berikut di bawah adalah Testimonia Mamakidz sendiri yang mama hantar pada N(masa mula-mula mama amalkan shaklee):

Terima kasih kepada semua yang menghantar testimoni...setiap testimoni yang dihantar akan menerima hadiah saguhati dari saya.
Ini ialah email dari 
Wafi :

Testimoni Satu

Pada bulan June 2010, dengan izin Nya, saya telah menerima gerakan hati untuk menghubungi N bagi mendapatkan produk Shaklee (Trial pack ajelah). Hasilnya sangat mengagumkan, dengan izin Nya juga sebelum ini saya selalu tertekan untuk membuat stok frozen ebm dan dalam masa yang sama nak membekalkan kepada babysitter.

Sebelum menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : zero.
2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 5oz x 5 botol

Selepas menggunakan Shaklee (set b):

1. Stok frozen ebm : tidak terkira bilangannya rasa-rasanye melebehi 30 plastik ebm storage (dalam tempoh 2minggu penggunaan set b)

2. Kuantiti susu untuk dihantar kepada babysitter : 2oz x 2 plastik ebm storage. (kadang-kadang tu tak hantar pun pada babysitter kerana, anak kite lebih suka makan nasi dari minum susu. Tapi, apabila pulang kerumah, direct feeding adalah satu perkara wajib, kerana dia sendiri akan adjust nak posisi kiri ke kanan.)

Kesimpulannya, journey penyusuan saya sekarang adalah dalam keadaan tenang sekali dan tidak terlalu risau tentang stok frozen ebm serta berapa susu banyak yg perlu dibekalkan kepada babysitter. Terima kasih ya Allah, kerana telah menyerukan aku utk temukan aku dengan N (walaupun tak dapat jumpa 4 mata). Terima kasih N kerana, tidak jemu-jemu memberi tips, motivasi rohani (kerana sekarang saya telah mula sujud kembali kepada Nya) dan menjawap sms dan panggilan perihal apa saja soalan yang saya kemukakan.

TESTIMONIA 2

Bulan ramadhan akan menjelma, puasaku banyak lagi yang belum diganti. So, saya pun membuat keputusan untuk bertanya kepada N. Al maklumlah takut terkejut bila puasa sebenar menjelma dan saya juga amat risaukan susu tidak keluar semasa kite berpuasa nanti. N menasihatkan saya agar mengambil Performance Drink dikala berbuka dan bersahur. Ia betul-betul membantu saya yang sedang berpuasa ganti. Saya telah mengambil Performance Drink dan set B, sepanjang saya puasa ganti. Tips-tips telah diberi oleh N, saya cuma mengikutnya. Alhamdulillah, Production susu saya tidak terganggu di kala sessi mengepam dan saya jadi lupa yang saya ni sedang berpuasa.

Kesimpulannya, walaupun saya berpuasa; Saya yakin serta Tawakkal kepada Nya, tiada yang mustahil dalam kehidupan ini. Susu saya sentiasa ada dan badan tidak berasa letih langsung. So, saya amat berkeyakinan, sedangkan puasa ganti saya boleh hadapi dan tempohi tidak mustahil pada puasa Ramadhan nanti. Insya- Allah

Sekali lagi terima kasih ya Allah, terima kasih N dan terima kasih Shaklee.

Sekian,
wafi

Thursday, March 10, 2011

Shaklee BF Set: Breast bengkak, susu melimpah!

hasil nukilan: wafimamakidz at 1:29 PM 0 comments
credit to genkimomma
Testimonia #1


Shaklee BF Set: Breast bengkak, susu melimpah!
Sumber asal: genkimomma,yoursupermom


Jika sebelum ini, pernah seorang ibu menyusu (rakan saya) tidak boleh mengambil Shaklee Alfalfa 2 biji sehari, kerana payudara nya akan bengkak susu dan perlu dikosongkan setiap jam!

Kali ini, pengalaman unik yang sama juga di mana ibu menyusu ini hanya boleh mengambil Shaklee Alfalfa 1 biji sehari sahaja bagi mengelakkan bengkak susu hingga membanjiri katil!

Subhanallah!

Gembira sungguh saya menerima cerita Shaklee yang terbaru ini daripada seorang ibu menyusu, iaitu Puan Azlina. Thanks, dear!!!

Jom ikuti pengalaman Puan Azlina mengamlakan pemakanan tambahan Shaklee (Shaklee Trial Pack B Set).

Boleh klik untuk besarkan imej di bawah:
Alhamdulillah, khasiat makanan tambahan Shaklee memberi tindak balas yang cepat dan menakjubkan pada beliau. Saya yakin, ini disebabkan oleh Azlina sudah sememangnya mengamalkan cara hidup yang sihat, maka, vitamin lebih mudah fokus untuk bantu (boost) penghasilan susu badan. Dan, sudah semestinya dengan izin Yang Maha Esa.
Sepatah kata Azlina...


Hi Genkimomma,
Saya nak bagi feedback ttg set B nie. Saya dah consume set nie almost 1 week..hmm what can i say ..SUPERB dgn izin Allah juga..
1. Saya dah bandingkan stok ebm terkini dgn ebm lama. Mmg ketara lapisan lemak slps ambik set B lebih tebal. May be lebih sesuai guna term ni 'sgt2 tebal'..hehehehe.
2. Baby tidur lena and kurang meragam. Kalau tak siang ashik berjaga utk refill balik..Dah start naik bdn dia..
3. Oleh kerana cepat kenyang baby minum sblh je..yg sebelah lg terpaksa pam. Cepat betul breast terisi dgn susu balik..rasanya all the time my boob ashik berat je..
4. Kerana takut over production, saya terpaksa skip mkn alfafa time malam. Itu pun mlm saya terpaksa gerak baby utk minum sbb tak tahan breast bengkak. Kalau tak melimpah2 la kat katil..dlm masa yg sama saya tak la mkn benda2 yg berunsur milk booster..cuma maintain minum air, mkn nasi and of course susu.


Tq sangat2 sbb perkenalkan saya dgn set B nie..dah recommended dkt kawan..lepas nie insyaallah nak beli terus yg botol...
Tq again.


Mummy Eshal Zaara

Testimonia #2

Bengkak Susu Gara-gara Alfalfa

sumber asal blog: yoursupermom.com

Alfalfa memang terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sebagai milk booster kerana fungsinya yang membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Untuk kesan optimum, pastikan kawan-kawan sentiasa mengosongkan breast atau sentiasa memberi stimulasi kepada breast (sebab sampai satu stage memang 'agak payah' nak kosongkan breast especially yang direct-feed macam saya ni).

Gara-gara alfalfa saya demam bengkak susu. Sebelum ni, memang saya selalu rasa breast penuh sampai sakit-sakit, tapi saya terus suakan pada Icha supaya cepat-cepat kosong. Yelah, dahlah penuh, keras lak tu! Memang lega sangatlah lepas kena pam dengan Icha. Hehehe.

Tapi, pada malam sebelum saya kena bengkak susu tu, memang saya dah rasa macam selalu - penuh dan keras. Kesilapan saya, suakan Icha sebelah breast aje, yang Icha pulak dah dapat sebelah dia taknak sambung lagi sebelah. Akibatnya, esok pagi saya bangun dengan bahagian atas breast sebelah kiri yang sakit berdenyut-denyut. Sentuh pun sakit! Satu badan seram sejuk plus kepada saya pun tumpang berdenyut-denyut. Risau saya dibuatnya!

Pagi-pagi buta saya call Kak N ( Ibu Addinnasa) sambil tahan sakit dan tahan airmata. Hihi. Lepas explain pada Kak N, baru saya tahu saya kena bengkak susu. Wah! Ni first time la kiranya! Masa dalam pantang pun takde rasa macam ni. Pesan Kak N (tips pengguna SHAKLEE kepada pengguna SHAKLEE) :
  1. ambil sehelai kubis tu, basuh dengan Basic H, then masukkan dalam peti sejuk
  2. kalau nak cepat sejuk, masukkan kubis tu ke bahagian sejukbeku dalam 5 minit gitu
  3. letak kat breast yang sakit tu. InshaALLAH dalam setengah jam hilang/ kurang .. tapi jangan buat selalu sebab petua ni boleh menyebabkan susu kering.
  4. lepas sarapan, makan vitamin E sebiji. lepas minum petang, makan sebiji lagi. kiranya hari tu saya kena ambik 2 biji vitamin E la.
Malangnya, saya takde stok kubis dalam fridge! Huwaaa! Merana sungguh! Bila call hasben dia ajak ke klinik, saya taknak. Saya bukan takut doktor tapi saya taknak doktor bagi antibiotik lak, padahal bengkaknya sikit. Saya yakin saya tak perlukan doktor pun. Dan saya ni, bila sakit tak payah doktor pun boleh baik janji ada orang jaga elok-elok. Saya jumpa doktor dulu-dulu pun sebab nak dapatkan MC supaya boleh berehat di rumah. (nakal)

Sepanjang hari, saya berkelubung aje dalam selimut. Kaki saya memang sangat sejuk. Saya nak pijak lantai pun rasa macam berduri je lantai tu. Sakitnya macam mana? Macam masa kena senggugut tapi yang ni punca sakit tu daripada breast tu. Taubat. Taubat.

Dalam sakit-sakit tu, alhamdulillah rezeki SHAKLEE saya berjalan macam biasa. Cuma memang orang call/ sms saya tak jawab sangat. Tak larat. Icha pula happy la tengok mak dia baring aje dekat dia. Impian Icha nak 24 jam saya macam tu.

Saya taknak cerita panjang sangat. Cuma petang tu saya berjaya dapatkan kubis tu, dapat juga makan vitamin E dua biji hari tu. Esoknya, masih lagi sakit-sakit tapi lebih kuat. Alhamdulillah. 3 hari jugalah baru betul-betul hilang bengkak tu.

Macam mana boleh kena bengkak susu tu?

Saya ni dah seminggu lebih skipped makan alfalfa. Hari-hari minum ESP. Adalah sebabnya. Alih-alih malam tu sebelum tidur, 3 biji alfalfa sekaligus saya telan. Memang saya biasa buat macam tu, samada 2 atau 3 biji. Tapi, tulah badan saya terkejut agaknya. Dah lama tak makan alfalfa, plus breast kiri memang jarang kena pam dengan Icha. Hehehe. Rasakan!

Now ni, saya dah back tp normal. Dah okey dah. Tapi saya memang serik. Takmo skip2 dah melainkan saya confirm pregnant baru saya stop alfalfa.

So, kepada kawan-kawan, alfalfa memang sangat berkesan untuk saya dan ibu-ibu yang kerap memberi stimulasi kepada breast masing-masing. So, mulakan alfalfa dengan dos yang rendah (2 biji) dan teruskan pengambilan begitu kecuali kawan-kawan merasakan perlu penambahan dos alfalfa tersebut.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez