Pernahkah kalian mendengar... tak bagus makan B complex nanti gemuk?. Sebab perkataan ini dah didengari banyak kali maka ianya akan tersimpan di dalam memori di bawah sedar kita dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling menakutkan terutama apabila badan kita menjadi besar kononnya akibat vitamin B complex tadi.Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yang dikenali sebagi vitamin starter plug yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila makanan ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku.
Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan B complex. Antara penyataan yang biasa kita dengari ;"Oh saya tidak stress." atau "Saya hanya surirumah, mana ada stresss". Hakikatnya keperluan B complex bukan sekadar untuk memastikan kita mampu menangani stress atau tekanan sebaik mungkin, tetapi ia memberi pengaruh yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.
