Showing posts with label Af9 2011. Show all posts
Showing posts with label Af9 2011. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Akhirnya terjawab sudah...

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:07 PM 0 comments
Akhirnya semua persoalan siapa tenaga pengajar yang mengantikan Ahmad Dhani telah terjawab.  Tunjuk ajar dari Amy Search amat diperlukan bagi membimbing semua pelajar2 AF 9 menuju puncak yang diidamkan.

Walaupun pelbagai Pro dan Kontra yang dilemparkan.  Tapi apa yang penting kita tunggu dan lihat ye..Wei, comeonlah apabila pihak Astro telah memilih Amy Search sebagai Pengetua AF9, maka beliau memang berbakat.

Friday, April 1, 2011

TIRAI SEMAKIN HAMPIR, PELAJAR SEMAKIN GELISAH

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:35 PM 0 comments

Sesi mempersembahkan tugasan di hadapan tenaga pengajar telah diadakan petang tadi. Sesi ini melibatkan Cikgu Syafi, Cikgu Ning, Cikgu Fatimah dan Cikgu Aris. Meskipun ada yang sudah menunjukkan kemajuan, namun masih ada lagi pelajar yang mempunyai masalah dari segi lirik, melodi dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pelajar dibawa ke bilik vokal untuk berlatih secara solo sambil dipantau oleh Cikgu Syafi. "Kelas Tambahan" yang diadakan oleh Cikgu Syafi ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk melakukan persembahan yang mantap. Semoga semua pelajar dapat memberikan persembahan terbaik dalam Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, Sabtu ini, 9 malam di Astro Ria (104)

Tuesday, March 29, 2011

Pengetua AF9 masih menjadi tanda tanya

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:42 PM 0 comments

Pengetua Akademi Fantasia 9 akan diumumkan dalam Konsert Tirai AF9 pada 2 April ini! Jangan lupa saksikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 secara langsung pada 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104)

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez