Friday, April 22, 2011

Babywrap babywrap

hasil nukilan: wafimamakidz at 5:39 PM 1 comments
Salam U all.... 
Mama menggunakan wrap dan nursing cover
semasa ke MAHA ekspo(ini gambar masa Jr.masih kecil)
Sudah lama Mamakidz tidak bercerita perihal babywearing.  Terasa rindulah pulak...  Mamakidz masih teringat lagi, zaman Jr. masih belum boleh berjalan..(sekarang Jr. sudah berjalan dan berlari dengan riangnya).  


Pada ketika ini Jr. sentiasa melekat kat badan Mamakidz dan dalam masa yang sama Jr. sempat lagi menyusu.  


Sentiasa bahagia sekali..Jujur Mamakidz katakan, dengan Jr., barulah Mamakidz mengenali apa itu penyusuan susu ibu secara ekslusif, nursing shirt, nursing cover, babywearing, makanan untuk memperbanyakkan susu badan dan Supplement Shaklee.


So, dipendekkan cerita gadget Mamakidz yang wajib dikala outing ialah:-
1.  Nursing shirt
2.  Nursing cover
3.  Wrap


Untuk pengetahuan U all, Mamakidz amat mengemari menggunakan wrap yang berjenama  wombfruit wraps.  Ia sungguh selesa, tidak panas dan pemakaiannya amat mudah sekali...Jika U all, nak suruh Mamakidz tolong belikan tiada masalah...Mamakidz sedia membantu...

.....Apa anda perlu tahu perihal Mamakidz

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:41 PM 0 comments
1.  Seorang Isteri kepada En. Hubbyku (En.Ahmad Nizam)
2.  Mama kepada 1 tuan Puteri 2 tuan Putera
3.  Seorang yang bekerja di syarikat swasta dalam masa yang sama pumping mum
4.  Seorang Mama yang fully breastfeeding
5.  Seorang skretari kepada En. Hubby (dalam segala hal)
6.  En.  Hubby minat memancing, 
maka Mamakidz telah dipertanggungjawabkan mencipta dan mencari resepi umpan ikan.  Dipendekkan cerita, jika pergi ke kedai pancing, kekadang Mamakidz pula yang over bab umpan apa yang en. Hubby perlu guna. (nak beri sokongan moral tau, bukan queen control)


7.  Mengikut En.  Hubby kemana sahaja, sentiasa menggunakan ayat " Isteri sentiasa disamping suami".  
Nak dijadikan cerita, semasa tempoh berpantang ketiga2 anak kami berdua, En. Hubby yang jaga Mamakidz.  En.  Hubbylah yang sediakan Jamu, berbengkungkan Mamakidz, bertungku ...., termasuk juga mandikan baby sebelum pergi kerja dan menyediakan makanan utk Mamakidz.


Nota:  Hari ini hari N3 mengarut kerana hari ini Mamakidz boring tahap gaban.  Oleh itu,memandangkan blog ini ana yang punya...maka suka hati analah....analah penulis N3,analah editornya dan ana jugalah publishernya...tiada siapa boleh larang ana.  Itulah untungnya dunia penulisan di alam maya.......

Mamakidz in the house

hasil nukilan: wafimamakidz at 2:18 PM 1 comments
Sorry...U all.  Sudah agak lama Mamakidz tak updated N3.  Untuk pengetahuan U all, sebabnya Mamakidz, Afiq dan Jr. telah dilanda demam panas...Hari ini, baru start keje...I'm sorry

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez