Friday, March 18, 2011

Susu ibu mujarab untuk sakit mata (conjunctivitis)

hasil nukilan: wafimamakidz at 6:03 PM 0 comments
sumber blog:duniasusuibu
Kredit gambar : Wikipedia

  • Conjunctivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit.
  • Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata,dan sukar untuk membuka mata.
  • Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
  • Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata anda.
  • Angkat kelopak mata anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
 Rujukan :
  1. The Healing Power of Breast Milk
  2. The Effect Of Topical Application Of Human Milk,Ethyl Alcohol 96%, And Silver Sulfadiazine On Umbilical Cord Separation Time In Newborn Infants
Testimonia:

Diri sendiri (mamakidz): Jr. telah mengalami sakit mata semasa beliau di dalam hari (semasa saya berpantang), ibu mamakidz telah menyuruh mamakidz menitiskan sedikit susu dada mamakidz pada Jr. ia ternyata mujarab.  Tidak berapa lama selepas itu berjangkit pada anak-anak mamakidz yang lain, ibu mamakidz, ibu mertua mamakidz dan adik ipar mamakidz.  Kesemuanya telah menggunakan susu mamakidz sebagai penawar.

Ummu Ibtisam : Saya dan Solehah  dijangkiti conjunctivitis (sakit mata). Pertama kali menitiskan air susu ibu dari badan sendiri ke mata saya :-) . Doakan kami cepat sembuh. Maaf jika blog ini kurang berupdate ye. Suami-suami yang dijangkiti sakit mata, sila minta perahan air susu ibu dari isteri anda. Untung ada isteri menyusu, kan? ;-) . Allah beri sakit, Allah beri ubatnya.

FB Page daku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

...There something about mamakidz Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez